CiNtA ReMaJa-ReMaJa
Ceriakan Hidup Anda Dengan Ucapan ALHAMDULILAH D Pagi Hari
Selasa, 17 Mac 2015
HIDUP DARI DALAM KE LUAR
Hidup dari dalam ke luar, Bina diri bina peribadi.Manusia hidup di bumi ini di ibarat sebagai seorang perantau. Apa maksudnya? Perantau di bumi adalah kita sebagai manusia hanya hidup sementara di bumi ini. Rasulullah s.a.w mengajar kita supaya menganggap dunia ini sebagai tempat persinggahan. Kita juga di ingatkan bahawa hidup yang kekal abadi hanyalah di akhirat kelak. Kehidupan kita ibarat seorang perantau yang singgah di bumi (tempat persinggahan) ini untuk mengumpul bekalan buat perjalanan yang masih jauh. Dalam proses hidup seorang peeantau kita pasti pernah melakukan kesilapan. Sama ada kesilapan itu kecil malahan kesilapan yang besar. Mungkin kesilapan itu akan mencacat cela kan proses kehidupan di muka bumi ini. Namun itu adalah ujian yang di berikan oleh allah untuk hambanya dalam mencari bekalan untuk di bawa ke akhirat. Seperti mana kenyataan di atas " hidup dari dalam ke luar ". Apa maksudnya di situ? Maksudnya untuk kita menjalani proses ke jalan allah, dalaman adalah yang paling penting. Bila kita bercakap dalaman bukan bermaksud apa yang ada di dalam baju, tetapi ialah HATI kita. Seperti mana ada ulama menyatakan hati adalah suis utama bagi manusia. Setiap tindak tanduk perbuatan kita adalah bermulanya daripada hati. Kita perlu ingat setiap satu kejahatan yang kita lakukan akan hadir titik hitam di hati. Adakah kita mahu menambah titik hitam itu? Adakah kita mahu ia terus kekal hitam? Untuk membuang titik hitam itu perlulah perbanyakkan solat,solat sunat,membaca al-quran,bersedekah dan amalan amalan yang mulia. Latih diri untuk tiada sifat yang tercela seperti angkuh,bangga diri , tamak, hasad dengki, bersangka buruk dan segala sifat yang keji. Jika kita dapat mengawal semua nya akan terlihat keperibadian yang mulia. Profesor Dr muhayya mohamad berkata jika manusia mementingkan luaran akan mencacat cela kan kehidupan nya. Cuba kita bayangkan kita berpakaian cantik, bersih , alim tetapi masih mempunyai sifat hasad dengki, bersangka buruk hanya akan menampakkan keperibadian yang sangsi oleh orang sekeliling. Untuk kita mecari keperibadian yang mulia perlulah kita mencontohi orang orang yang mempunyai sifatnya sebegitu. Contoh yang paling utama ialah Rasulullah s.a.w. sifat baginda yang mudah untuk kita contohi ialah senantiasa bersikap baik dan memaafkan walaupun baginda di caci dan dihina. Seperti mana baginda di lemparkan najis dan batu ketika ingin menyampaikan dakwah allah. Baginda tidak sedikit pun membalasnya dan berdendam sebaiknya rasulullah s.a.w berdoa lepada allah agar membuka hati orang iti untuk berubah. Selain itu kita juga boleh mencontohi sifat Usamah bin zaid yang senantiasa mengikut sunnah rasulullah s.a.w dengan sempurna serta beliau sangat memuliakan keperibadian rasulullah s.a.w. Dengan sifatnya sebegitu usamah bin zaid sepanjang hidupnya berada di tempat yang baik dan terhormat di kalangan masyarakat. Jika kita tidak mengikut al-quran dan sunnah allah, kita tidak akan dapat keperibadian yang mulia.orang yang mulia adalah orang yang di sisi allah. Mungkin hari ini saya memberi nasihat kepada kamu bukan bermakna saya yang paling alim dan paling sempurna.tetapi saya juga pernah berada dalam kehinaan malah lebih hina dari orang lain.mungkin dengan sedikit coretan ini dapat menjadi titik perubahan kepada kita.
Rabu, 11 Mac 2015
ADAKAH MASIH ADA PELUANG UNTUKKU
"Di saat kita merangkak ke arah allah,allah berjalan ke arah kita,di saat kita berjalan ke arah allah,allah betlari ke arah kita".kenyataan itu membawa maksud kepada kita bahawa allah sentiasa membuka peluang serta jalan kepada hambanya yang berusaha kembali ke jalan allah.sebagai manusia kita harus tahu bahawa sifat allah bukan seperti sifat mamusia.allah mempunyai sifat yang begitu agung seperti.mana kita menyebut dalam asmaul husna.antaranya AR-RAHMAN maha pemurah ,AR-RAHIM maha mengasihani AL-HAKAM maha menghukum.tetapi jika kita perasan dalam setiap perbuatan harian kita di galakkan bermula dengan "BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM" yang bermaksud dengan nama allah yang maha pemurah lagi mengasihani..cuba kita berfikir mengapa kita di galakkan membacanya di setiap awal perbuatan kita.sedangkan allah mempunyai sifat agung yang lain mengapa tidak "bismillahilalhakam "dengan nama allah y maha menghukum.Cuba kita buka minda dan berfikir bahawa allah menyeru kita dan ingin kita tahu bahawa allah itu maha pemurah dan maha mengasihani.apa maksudnya di situ? . Maksudmya di situ allah tidak pernah sesekali menghalang hambanya untuk bertaubat.sejahat mana pun kita,sejahil mana pun kita jika kembali ke jalan allah nescaya akan di terima.usah kita persoalkan tentang hidayah tentang terbukak nya hati .mengapa? Ini kerana ajal maut kita smuanya allah tentukan.Tahukah kita bila ajal kita sampai?. Usah juga kita persoalkan tentang keikhlasan.kita buat apa yang di suruh perlahan lahan kenikmatan itu akan dirasa.Bolehkah kita jamin hari esok kita masih mampu bernafas, bolehkah kita jamin esok masih ada , boleh kah kita jamin hari esok kita akan sihat seperti hari ini, jawapanya kita tidak tahu semua itu.Marilah kita sama sama berusaha membetulkan apa yang salah dan pertingkatkan apa yang betul.Terutamanya bab SOLAT,ini kerana dosa meminggalkan solat tanpa sebab dan tidak ada penyesalan lebih besar dari dosa orang orang yang berzina.Sepertimana ada nya kisah di zaman nabi musa a.s.wanita penzina datang berjumpa dengan nabi musa a.s untuk meminta berdoa kepada allah agar mengampuni dosanya yang keji itu.Lalu turunlah jibril memberitahu kepada musa a.s bahawa ada dosa yang lebih keji iaitu dosa orang yang sengaja meninggalkam solat dan tiada penyesalan di hatinya.solat adalah tiang agama seperti mana rumah yang bergantung pada tiang seperti itulah islam.jika kita tahu banyaknya fadhilat bersolat nescaya kita akan rasa nikmat bila mengerjakan nya.Antaranya solat mengajar kita lebih berdisiplin dengan kita patuh pada waktunya,solat juga mengajar kita kebersihan kerana sebelum solat kita perlu berwuduk dan memakai pakaian yang bersih,dengan solat juga mengajar kita menutup aurat kerana untuk bersolat kita perlu memakai pakaiann yang sopan dan yang menutup aurat,solat juga mengajar kita untuk lebih fokus kerana dalam solat kita perlu khusyuk . Sungguh banyak azimatnya untuk kita dan untuk kita terapkan dalam hidupan kita di dunia ini.untuk kita dapatkan ilmu akhirat perlulah gali dan berusaha mendapafkan nya. Semoga ada sinar dalam diri kita untuk perbaiki.ke arah y lebih baik. Marilah kita sama sama ingat mengingati kerana sifat ini sangat di tuntut dalam islam.sesungguhnya aku sedang menasihati kamu bukanlah beerti aku yang terbaik di kalangam kamu. Bukan lah aku yang paling soleh di antara kita.kerana aku jugak pernah melampaui batas batas agama .mungkin aku ada lah yang paling hina di kalangan kamu..semoga apa yang di sampaikan dapat memberi kita sedikit ilmu.sekian saja untuk kita dalam bab ini..semoga kita sama sama menuju ke jalan allah..semoga kita jumpa.lagi..assalamualaikum.
Isnin, 9 Mac 2015
MANUSIA DAN PERASAAN
Setiap manusia mempunyai naluri (perasaan) yang tersendiri, ianya boleh berubah-ubah dari masa ke semasa.kadang kala kita tak dapat jangka apa yang akan kita lalui,daripada gembira berubah kepada sedih,dari sayang berubah kepada cinta,dari marah berubah kepada benci.JIka hari semalam kita bahagia tak mustahil esok kita akan bersedih.semuanya akan berubah dari masa ke semasa untuk mengajar kita erti kehidupan.Allah mahu mengingati kita bahawa setiap apa yang dimiliki hanya sementara.sinonim nya mainan perasaan ini kerap di rasai apabila kita ingin rasa kebahagiaan hidup berpasangan.keikhlasan dan kesetiaan seseorang boleh menjamin kebahagiaan sebuah perhubungan yang di bina.hakikatnya di masa kini ramai yang telah remuk hatinya bermain dengan perasaan.ibarat kata pepatah bertepuk sebelah tangan.mungkin kita perlu sedar dan mengambil perkara ini positif ,apakah yang ingin allah tonjolkan pada kita jika yang di ingini tidak tercapai? Mungkin allah beri kita perasaan sebegitu untuk kita perkemaskan dalaman dengan perbanyakkan zikir doa san solat sunat.sebagai contoh hadirnya perasaan cinta dan sayang terhadap kekasih orang..mungkin ini normal kerna kita mempunya minat yg tersendiri..bukan mudah utk kita harungi bila situasi sebegini,orang yg di sukai sudah berpunya..jika kita pikir sevara positif mungkin allah mahu kita berhati hati dalam memilih pasangan,mungkin juga allah mahu kita berfikir secara matang tentang setiap perjalanan hidup di.muka bumi ini..cinta ta selalunya di miliki,cinta kadang kala kita berusaha memberi kebahagiaan kepadanya walaupun bukan bersama kita..ujian untuk kita dalam mengenal erti cinta..dengan ujian kita akan lebih matang di.masa akan dtang..jika situasi sebegini berlaku haruslah bijak menyelesaikanya dengan tidak mengguris mana mana pihak ibarat "menarik rambut dalam tepung" rambut tak putus,tepung tak berselerak..percayalah allah mahu kita bahagia cuma jalan utk.menuju kebahagiaan yang sukar.."jika adanya pelangi selepas hujan tak mustahil lepas ujian ada kebahagiaan..sekian saja dari hamba yang sering di tindas..
Ahad, 4 Mac 2012
KESALAHAN D DLM SURAH AL-FATIHAH
KEBANYAKAN KITA X AMBIL PEDULI TENTANG KESALAHAN D DLM SURAH AL-FATIHAH,,,INI SERBA SEDIKIT TNTANG KESALAHAN Y SELALU KITA LAKUKAN,,,
Langgan:
Ulasan (Atom)
