Rabu, 11 Mac 2015
ADAKAH MASIH ADA PELUANG UNTUKKU
"Di saat kita merangkak ke arah allah,allah berjalan ke arah kita,di saat kita berjalan ke arah allah,allah betlari ke arah kita".kenyataan itu membawa maksud kepada kita bahawa allah sentiasa membuka peluang serta jalan kepada hambanya yang berusaha kembali ke jalan allah.sebagai manusia kita harus tahu bahawa sifat allah bukan seperti sifat mamusia.allah mempunyai sifat yang begitu agung seperti.mana kita menyebut dalam asmaul husna.antaranya AR-RAHMAN maha pemurah ,AR-RAHIM maha mengasihani AL-HAKAM maha menghukum.tetapi jika kita perasan dalam setiap perbuatan harian kita di galakkan bermula dengan "BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM" yang bermaksud dengan nama allah yang maha pemurah lagi mengasihani..cuba kita berfikir mengapa kita di galakkan membacanya di setiap awal perbuatan kita.sedangkan allah mempunyai sifat agung yang lain mengapa tidak "bismillahilalhakam "dengan nama allah y maha menghukum.Cuba kita buka minda dan berfikir bahawa allah menyeru kita dan ingin kita tahu bahawa allah itu maha pemurah dan maha mengasihani.apa maksudnya di situ? . Maksudmya di situ allah tidak pernah sesekali menghalang hambanya untuk bertaubat.sejahat mana pun kita,sejahil mana pun kita jika kembali ke jalan allah nescaya akan di terima.usah kita persoalkan tentang hidayah tentang terbukak nya hati .mengapa? Ini kerana ajal maut kita smuanya allah tentukan.Tahukah kita bila ajal kita sampai?. Usah juga kita persoalkan tentang keikhlasan.kita buat apa yang di suruh perlahan lahan kenikmatan itu akan dirasa.Bolehkah kita jamin hari esok kita masih mampu bernafas, bolehkah kita jamin esok masih ada , boleh kah kita jamin hari esok kita akan sihat seperti hari ini, jawapanya kita tidak tahu semua itu.Marilah kita sama sama berusaha membetulkan apa yang salah dan pertingkatkan apa yang betul.Terutamanya bab SOLAT,ini kerana dosa meminggalkan solat tanpa sebab dan tidak ada penyesalan lebih besar dari dosa orang orang yang berzina.Sepertimana ada nya kisah di zaman nabi musa a.s.wanita penzina datang berjumpa dengan nabi musa a.s untuk meminta berdoa kepada allah agar mengampuni dosanya yang keji itu.Lalu turunlah jibril memberitahu kepada musa a.s bahawa ada dosa yang lebih keji iaitu dosa orang yang sengaja meninggalkam solat dan tiada penyesalan di hatinya.solat adalah tiang agama seperti mana rumah yang bergantung pada tiang seperti itulah islam.jika kita tahu banyaknya fadhilat bersolat nescaya kita akan rasa nikmat bila mengerjakan nya.Antaranya solat mengajar kita lebih berdisiplin dengan kita patuh pada waktunya,solat juga mengajar kita kebersihan kerana sebelum solat kita perlu berwuduk dan memakai pakaian yang bersih,dengan solat juga mengajar kita menutup aurat kerana untuk bersolat kita perlu memakai pakaiann yang sopan dan yang menutup aurat,solat juga mengajar kita untuk lebih fokus kerana dalam solat kita perlu khusyuk . Sungguh banyak azimatnya untuk kita dan untuk kita terapkan dalam hidupan kita di dunia ini.untuk kita dapatkan ilmu akhirat perlulah gali dan berusaha mendapafkan nya. Semoga ada sinar dalam diri kita untuk perbaiki.ke arah y lebih baik. Marilah kita sama sama ingat mengingati kerana sifat ini sangat di tuntut dalam islam.sesungguhnya aku sedang menasihati kamu bukanlah beerti aku yang terbaik di kalangam kamu. Bukan lah aku yang paling soleh di antara kita.kerana aku jugak pernah melampaui batas batas agama .mungkin aku ada lah yang paling hina di kalangan kamu..semoga apa yang di sampaikan dapat memberi kita sedikit ilmu.sekian saja untuk kita dalam bab ini..semoga kita sama sama menuju ke jalan allah..semoga kita jumpa.lagi..assalamualaikum.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan