Selasa, 17 Mac 2015

HIDUP DARI DALAM KE LUAR

Hidup dari dalam ke luar, Bina diri bina peribadi.Manusia hidup di bumi ini di ibarat sebagai seorang perantau. Apa maksudnya? Perantau di bumi adalah kita sebagai manusia hanya hidup sementara di bumi ini. Rasulullah s.a.w mengajar kita supaya menganggap dunia ini sebagai tempat persinggahan. Kita juga di ingatkan bahawa hidup yang kekal abadi hanyalah di akhirat kelak. Kehidupan kita ibarat seorang perantau yang singgah di bumi  (tempat persinggahan) ini untuk mengumpul bekalan buat perjalanan yang masih jauh. Dalam proses hidup seorang peeantau kita pasti pernah melakukan kesilapan. Sama ada kesilapan itu kecil malahan kesilapan yang besar. Mungkin kesilapan itu akan mencacat cela kan proses kehidupan di muka bumi ini. Namun itu adalah ujian yang di berikan oleh allah untuk hambanya dalam mencari bekalan untuk di bawa ke akhirat. Seperti mana kenyataan di atas " hidup dari dalam ke luar ". Apa maksudnya di situ? Maksudnya untuk kita menjalani proses ke jalan allah, dalaman adalah yang paling penting. Bila kita bercakap dalaman bukan bermaksud apa yang ada di dalam baju, tetapi ialah HATI kita. Seperti mana ada ulama menyatakan hati adalah suis utama bagi manusia. Setiap tindak tanduk perbuatan kita adalah bermulanya daripada hati. Kita perlu ingat setiap satu kejahatan yang kita lakukan akan hadir titik hitam di hati. Adakah kita mahu menambah titik hitam itu? Adakah kita mahu ia terus kekal hitam? Untuk membuang titik hitam itu perlulah perbanyakkan solat,solat sunat,membaca al-quran,bersedekah dan amalan amalan yang mulia. Latih diri untuk tiada sifat yang tercela seperti angkuh,bangga diri , tamak, hasad dengki, bersangka buruk dan segala sifat yang keji. Jika kita dapat mengawal semua nya akan terlihat keperibadian yang mulia. Profesor Dr muhayya mohamad berkata jika manusia mementingkan luaran akan mencacat cela kan kehidupan nya. Cuba kita bayangkan kita berpakaian cantik, bersih , alim tetapi masih mempunyai sifat hasad dengki, bersangka buruk hanya akan menampakkan keperibadian yang sangsi oleh orang sekeliling. Untuk kita mecari keperibadian yang mulia perlulah kita mencontohi orang orang yang mempunyai sifatnya sebegitu. Contoh yang paling utama ialah Rasulullah s.a.w. sifat baginda yang mudah untuk kita contohi ialah senantiasa bersikap baik dan memaafkan walaupun baginda di caci dan dihina. Seperti mana baginda di lemparkan najis dan batu ketika ingin menyampaikan dakwah allah. Baginda tidak sedikit pun membalasnya dan berdendam sebaiknya rasulullah s.a.w berdoa lepada allah agar membuka hati orang iti untuk berubah. Selain itu kita juga boleh mencontohi sifat Usamah bin zaid yang senantiasa mengikut sunnah rasulullah s.a.w dengan sempurna serta beliau sangat memuliakan keperibadian rasulullah s.a.w. Dengan sifatnya sebegitu usamah bin zaid sepanjang hidupnya berada di tempat yang baik dan terhormat di kalangan masyarakat. Jika kita tidak mengikut al-quran dan sunnah allah, kita tidak akan dapat keperibadian yang mulia.orang yang mulia adalah orang yang di sisi allah. Mungkin hari ini saya memberi nasihat kepada kamu bukan bermakna saya yang paling alim dan paling sempurna.tetapi saya juga pernah berada dalam kehinaan malah lebih hina dari orang lain.mungkin dengan sedikit coretan ini dapat menjadi titik perubahan kepada kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan